Blog ni dibuat khas untuk tatapan serta panduan untuk bakal-bakal ibu muda membuat persiapan menjelang kehamilan,kelahiran serta semasa menjalani pantang

Isnin, 22 Februari 2010

Panduan Memandikan Bayi

Tujuan:
* Membersihkan dan menyelesakan bayi
* Mengelakkan jangkitan kulit

Peringatan:
Basuh tangan anda sebelum penyediaan peralatan, proses mandian dan selepas mencuci najis

1. Sediakan :
* Peralatan mandian
* Pakaian yang bersih

Sediakan air mandian dengan suhu yang sesuai
* Asingkan air untuk dibilas

2. Periksa bayi anda
* Bersihkan bayi anda dari najis dan kencing

3. Sediakan bayi anda untuk proses mandian

Bersihkan muka bayi anda dengan tuala bersih (tuala kecil)
Balut bayi dengan tuala
* Ampu badan bayi di atas lengan
* Sokong kepala bayi dengan tapak tangan
* Tutup telinga dengan ibu jari dan jari telunjuk
* Basuh rambut dan keringkan

4. Angkat bayi ke tab mandi
* Sokong kepala, tengkuk dan pegang bahagian ketiak
* Bersihkan tangan yang terdekat dengan badan ibu
* Bersihkan tangan sebelah lagi
* Pusingkan badan bayi. Bersihkan bahagian belakang dan kaki
* Bilas bayi dengan air bilasan

5. Lap bayi hingga kering - terutama sekali di bahagian lipatan
* Elak menggunakan bedak powder

6. Pakaikan pakaian bayi dan selesakan bayi anda. Anda dinasihatkan supaya membasuh semua pakaian bayi untuk memastikan bayi anda tidak mengalami masalah kulit.

Pemerhatian Khusus
* Kesihatan Kulit Kepala
* Jangkitan Mata
* Jangkitan Telinga
* Jangkitan Pusat
* Radangan Kulit terutama punggung

*Jika bayi anda mengalami masalah akut sila bawa bayi anda ke klinik yang berdekatan

Makanan Untuk Bayi 6 bulan keatas

Bayi 7 - 9 Bulan
kanji, tauhu,telur ,bayam
Bahan
1/2 cawan nasi (90 gm)
1/4 cawan bayam (5 gm)
1 ibu jari karot (10 gm)
1 sudu makan penuh isi ikan (10 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)
1 ulas bawang merah

kacaqng tanah & ikan bilis
Bahan
3 sudu makan penuh nasi (30 gm)
1 sudu makan penuh ikan bilis (5 gm)
1 sudu makan penuh kacang tanah (5 gm)
1 sudu teh minyak (5 gm)

Cara Penyediaan

* Goreng ikan bilis, tumbuk halus dan ayak
* Rebus nasi dan kacang tanah yang telah dikupas bersama air.
* Bila mendidih masukkan minyak dan rebus sampai empuk, lecek.
* Campurkan ikan bilis, kacang tanah dan keledek dan tapiskan.

Bubur Nasi
Bahan
3 sudu makan beras
1 sudu makan ikan bilis
1 sudu teh minyak masak utk menggoreng
1/2 cawan air

Cara Penyediaan Bubur Nasi

1. Beras dibasuh dan dikeringkan
2. Kisar atau tumbuk beras sehingga hancur
3. Campurkan air ke dalam beras sehingga cair
4. Masak di atas api dan kacau rata
5. Tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.


Cara Penyediaan Ikan Bilis

1. Ikan bilis dibuang kepala dan bersihkan perutnya
2. Basuh dan goreng hingga garing
3. Tumbuk ikan bilis sehingga halus
4. Ayak ikan bilis supaya halus
5. Hidangkan bubur nasi bersama ikan bilis.

Bayi Yang Baru Dilahirkan


Bayi anda mungkin kelihatan sangat berlainan daripada apa yang anda jangkakan. Dia mungkin akan kelihatan lebih kecil dan sangat mudah cedera. Bentuk kepalanya mungkin agak ganjil, dan dia mungkin dilitupi dengan bahan berminyak putih yang dipanggil verniks. Sistem badannya masih belum berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, anda akan melihat bintik, tompok dan perubahan warna, yang merupakan perkara biasa. Bertanyalah kepada doktor atau bidan anda jika ada sebarang perkara yang merisaukan anda.

Mereka akan menenangkan kerisauan anda. Anda mungkin berasa sayang akan bayi anda dengan serta merta. Akan tetapi, jika pada mulanya, anda tidak mempunyai perasaan sayang yang kuat padanya, berilah masa kepada diri sendiri. Apabila anda mulai mengenali bayi anda, menjaga dan mendakapnya, dan apabila anda mendapati dia bertindak balas terhadap anda dan tenang oleh suara anda, perasaan sayang akan bertambah secara semulajadi.

Tanggapan Pertama
Jangan berasa kesal sekiranya bayi anda tidak kelihatan sempurna, segelintir bayi sahaja yang sempurna ketika dilahirkan. Anda mungkin melihat beberapa tanda merah dan cemar atau kejanggalan lain, tetapi kebanyakkan akan hilang menjelang usia bayi kira-kira 2 minggu.

Kepala
Bentuk yang ganjil biasanya disebabkan tekanan kelahiran. Kepalanya akan kelihatan normal dalam masa 2 minggu. Di bahagian atas kepalanya terdapat tompok lembut (fontanel). Di sini tulang tengkoraknya belum lagi bersambung. Tulang ini sepatutnya bercantum apabila anak berusia 18 bulan.

Mata

Berwarna kehitam-hitaman bagi masyarakat Asia. Warna matanya yang sebenar mungkin belum berkembang sehingga bayi berumur kira-kira 6 bulan. Kelopak mata yang membengkak biasanya disebabkan oleh tekanan kelahiran. Akan tetapi, minta Doktor atau Bidan memeriksa mata bayi anda kerana ada kalanya terdapat jangkitan.

Mata yang juling adalah perkara biasa. Bayi mungkin ada kalanya kelihatan juling pada bulan-bulan pertama.

Lidah
Mungkin kelihatan tersauh pada lantai mulut. Oleh itu, hujung lidahnya kelihatan bercabang sedikit apabila bayi menjulurkan lidahnya keluar. Hujung lidahnya akan tumbuh ke hadapan pada tahun pertama.

Tangan Dan Kaki
Mungkin berwarna kebiruan kerana peredaran darahnya masih belum berfungsi dengan sempurna. Jika anda mengalihkan bayi anda ke kedudukan lain, warna ini sepatutnya bertukar menjadi merah jambu. Kuku bayi biasanya panjang ketika dilahirkan. Gigit kuku ini supaya pendek, jangan dipotong. Kaki bayi biasanya kelihatan pengkar kerana dia mengerekot sepanjang di dalam rahim

Buah Dada
Buah dada bayi mungkin membengkak malahan mengeluarkan sedikit susu. Ini merupakan perkara biasa bagi kedua-dua jantina. Bengkak ini sepatutnya susut dalam jangka masa 2 hari. Jangan picit keluar susu itu.

Kemaluan

Kemaluan kelihatan besar bagi kedua-dua jantina. Bagi perempuan, mungkin terdapat lelehan dari farajnya. Ini disebabkan oleh hormon ibunya dan akan hilang tidak lama kemudian. Zakar bayi lelaki biasanya tertarik ke atas groinnya. Sekiranya anda bimbang, berjumpalah dengan doktor anda.

Kulit
Bintik dan ruam merupakan tanda biasa, dan sepatutnya hilang dengan sendirinya. Kulit mengelupas terutamanya pada bahagian tangan dan kaki. Ini sepatutnya hilang dalam masa beberapa hari. Bulu roma halus mungkin ketara, terutamanya jika bayi dilahirkan awal. Bulu ini tanggal dalam masa 2 minggu.

Verniks putih berminyak merupakan bahan yang melindungi kulit di dalam rahim, dan mungkin menutupi seluruh badan bayi. Bahan ini boleh dilap dengan mudah.

Tanda lahir biasanya hilang. Ini termasuklah:

Tanda Merah (gigitan burung bangau). Biasanya terdapat pada kelopak mata, dahi, dan pada belakang leher. Tanda ini mengambil satu tahun untuk hilang.

Tanda lahir strawberi yang boleh membimbangkan anda kerana saiznya yang perlahan-lahan semakin besar. Tanda ini hilang apabila anak anda mencapai usia 5 tahun.

Tompok biru tompok biru mongolia). Biasanya ditemui pada bahagian bawah belakang bayi yang mempunyai kulit gelap .

Cemar wain arak, tanda merah cerah atau ungu yang kekal.


Tinja
Ketika dilahirkan, usus bayi mengandungi bahan gelap dan melekit, dipanggil mekonium. Sebaik sahaja bayi mula makan, tinjanya berubah warna.

Tanda-tanda anda akan melahirkan Bayi

Akhirnya minggu penantian anda telah berakhir dan pelahiran anda akan bermula. Ini merupakan kemuncak kehamilan anda kerana saat anda melihat bayi anda buat kali pertama hanya tinggal bebarapa jam lagi. Anda akan berasa seronok tetapi khuatir tentang perjalanan pelahiran anda. Anda akan berasa lebih yakin sekiranya anda telah menyediakan diri anda dengan baik, oleh itu membolehkan anda memahami apa yang berlaku kepada badan anda setiap tahap pelahiran dan dapat menjangka apa yang akan berlaku. Melahirkan bayi boleh jadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna. Sekiranya anda bertenang dan relaks, anda akan lebih menikmatinya. Berlatihlah teknik merehatkan diri dan bernafas sebelum pelahiran untuk membantu anda berkeadaan tenang semasa kontraksi dan menghadapi kesakitan anda. Jangan kecewa jika pelahiran anda tidak sebaik yang anda jangkakan.


Menyedari Anda Sedang Menghadapi Pelahiran
Anda mungkin berasa risau yang anda tidak akan mengenali saat pelahiran apabila tiba masanya. Ini hampir tidak mungkin berlaku. Walaupun anda mungkin keliru antara kontraksi pelahiran yang pertama dengan kontraksi yang mungkin anda alami pada minggu-minggu akhir kehamilan, anda berkemungkinan mengetahui masa untuk pelahiran kerana pelahiran disusuli oleh beberapa tanda.


Tanda Pelahiran

Satu Penunjuk
Mukus penyumbat yang tebal dan berdarah yang menyekat leher rahim semasa kehamilan, biasanya keluar dari faraj, sama ada sebelum atau pada tahap pelahiran yang awal.

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Penunjuk ini mungkin berlaku beberapa hari sebelum pelahiran bermula. Oleh itu, tunggu sehingga anda berasa sakit perut atau sakit belakang yang kerap atau tetuban anda pecah, sebelum anda menelefon hospital atau bidan anda.


Tetuban Anda Pecah
Tetuban yang mengelilingi bayi anda boleh pecah bila-bila masa semasa pelahiran. Air ini mungkin melimpah dengan tiba-tiba tetapi biasanya dilihat sebagai lelehan cecair kerana kepala bayi telah turun dan ini mengahalang cecair melimpah keluar.

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Hubungi pihak hospital atau bidan dengan serta merta. Anda perlu ke hospital walaupun kontraksi belum bermula kerana terdapat risiko jangkitan. Pada masa yang sama, pakailah tuala wanita untuk menyerap cecair itu.


Kontraksi
Ini mungkin bermula sebagai sakit belakang yang tidak begitu mencucuk atau anda mungkin berasa sangat sakit pada bahagian paha. Seterusnya anda mungkin mendapat kontraksi dalam perut, seakan-akan sakit kedatangan haid yang teruk.

Perkara Yang Perlu Dilakukan

Apabila kontraksi menjadi kerap, ambil selang masanya,. Sekiranya anda fikir anda mengalami pelahiran, panggil doktor atau bidan. Anda tidak perlu pergi ke hospital dengan segera kecuali kontraksi berlaku dengan sangat kerap (setiap 5 minit) atau anda berasa sangat sakit. Pelahiran yang pertama biasanya berlaku selama 12 hingga 14 jam dan sering kali lebih baik jika anda menghabiskan beberapa jam daripada masa ini di rumah.

Bergeraklah ke sana ke mari dengan perlahan dan berehatlah apabila perlu. Barangkali anda boleh merehatkan diri dengan mandi air panas, sekiranya tetuban anda belum pecah, atau makan snek ringan. Pihak hospital mungkin akan menasihatkan anda supaya menunggu sehingga kontraksi menjadi agak kuat dan berlaku kira-kira setiap 5 minit sebelum anda meninggalkan rumah.


Permulaan Palsu
Rahim mengecut sepanjang kehamilan. Pada minggu yang akhir, kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih kuat. Oleh itu, anda mungkin fikir kelahiran anda telah bermula. Akan tetapi, kontraksi pelahiran yang sebenar berlaku dengan tetap dan bertambah kuat dan kerap. Oleh itu, anda sepatutnya dapat mengetahui masa pelahiran yang sebenar bermula.

Adakalanya, kontraksi bermula dan kemudian hilang. Teruskan bergerak kerana kontraksi ini akan bermula semula.


Mengukur Masa Kontraksi
Ukur masa kontraksi selama sejam. Perhatikan bila masa setiap satu bermula dan berakhir. Kontraksi ini sepatutnya menjadi lebih kuat dan kerap, dan berlanjutan selama sekurang-kurangnya 40 saat apabila pelahiran disahkan.

Sumber Makanan Berkhasiat Boleh Merangsangkan Penghasilkan Susu

Nutrien:

1. Kalsium:

* Sumber makanan: Susu dan hasil tenusu, ikan yang tulangnya boleh dimakan (seperti sardin dalam tin, ikan bilis), kacang dan hasil kekacang termasuk dhal, tauhu dan tempe, sayuran seperti bayam, selada air, daun mustard, cekur manis, daun ubi, kailan dan brokoli, produk diperkaya dengan kalsium seperti susu berkalsium tinggi, yogurt, bijiran sarapan pagi, biskut dan nasi


2.Zat Besi:

* Sumber makanan: Kerang, ikan bilis (keseluruhan), hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu kering, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung


3. Iodin:

* Sumber Makanan: Makanan Laut seperti kerang, kupang, ikan air laut, rumpai laut, daging, susu dan hasil susu bijirin, kekacang yang dikeringkan dan buah-buahan yang dikeringkan


4. Zink :

* Sumber Makanan: daging, ikan, kerang, kekacang, biji benih, bijirin-bijirin penuh (terutama bran)


5. Folat:

* Sumber Makanan: Sayuran berdaun hijau,kacang bendi, asparagus, kekacang, hasil bijirin, yang diperkaya dan hati


6. Vitamin A:

* Sumber Makanan: Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna kuning dan merah (mangga, betik), sayuran berwarna kuning dan merah (lobak, labu), dan sayuran berdaun hijau


7. Vitamin B1:

* Sumber Makanan: Ragi, kekacang, produk yang diperkaya seperti roti, bijirin dan biskut


8. Vitamin B2:

* Sumber Makanan: Kekacang (kacang kuda, soya,kacang merah dan kacang hitam), daging, telur ayam dan ekstrak daging


9. Vitamin B3:

* Sumber Makanan: Daging, hati, ikan bilis,kacang dan kacang-kacang lain, bijian penuh dan tepung gandum mil penuh


10. Vitamin E:

* Sumber Makanan: Minyak sayur, biji benih, kacang dan bijirin bijian

You might also like:

* Kurang Penghasilan Susu
* Penyusuan Susu Ibu Dan Ubat-Ubatan
* Teknik Penyusuan Yang Betul

Memantau Tumbesaran Bayi

A) Corak Penyusuan

* Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu


B) Lampin Basah

* Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 kali lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat

* Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berbintil-bintil berwarna kekuningan dan berbau masam


C) Corak Tidur

* Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cergas sewaktu jaga


D) Tumbesaran

* Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri

* Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 6 bulan

* Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat 3 kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 1 1/2 kali ganda daripada panjang lahir

* Mengawasi pembesaran dan tumbesaran anak adalah penting untuk mengetahu samada anak sihat dan mendapat susu atau makanan yang secukupnya

Tip Penyimpanan susu optimum

1. Di tempat kerja:

* simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais (jangan dibekukan)

* Rasional: Untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan


2. Sampai di rumah:

* Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais


3. Pengurusan bekalan susu:

* Pada setiap hari, ambil satu botol susu beku (yang bertarikh paling lama), bawa turun ke bahagian sejuk peti ais untuk dibiarkan mencair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar di bahagian sejuk peti ais.
* Rasional: Bayi akan memperolehi semaksimum mungkin susu perahan segar pada setiap hari dan hanya sedikit sahaja susu simpanan beku.

Teknik Penyusuan yang betul

1. Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan

* Pastikan anak selesa

* Pegang bayi rapat menghadap anda dan payudara

* Perut anak bersentuhan dengan perut anda

* Kepala, leher dan belakang bayi lurus dan di ampu

* Mulut anak berada di bawah puting bila anak bersedia menyusu

* Jangan membongkok semasa menyusu kerana boleh menyebabkan sakit belakang


2. Pelekapan:
- Cara yang betul melekapkan bayi di payudara untuk penyusuan

* sentuh bibir bayi, tunggu mulut terbuka luas

* gerakkan bayi ke arah payudara

* Pastikan bayi mengambil lebih kawasan gelap payudara

* Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda


Cara Pelekapan yang betul:

* Mulut buka luas

* Merangkumi sebahagian besar kawasan areola

* Dagu mencecah payudara

* Bibir melengkup keluar

* Pipi gelembung

* Payudara nampak penuh dan bulat

* Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan


3. Kekerapan Penyusuan:

* Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kemahuannya 'on demand'

* Sentiasa bersama bayi (rooming - in) supaya boleh menyusukannya dengan kerap

* Perah susu ibu sekiranya berlaku perpisahan sementara

* 2 - 7 hari pertama - susukan lebih kerap. Bayi kecil yang tidur lebih dari 2 - 3 jam harus digerakkan untuk disusukan

* Bayi yang sudah biasa (lebih besar) - 8 - 12 penyusuan/24jam


4. Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu

* Bayi berhenti menghisap sendiri

* Penyusuan kerap (8 - 12 kali dalam masa 24 jam)

* Dengar bayi menelan

* Buang air kecil lebih dari 6 kali dalam masa 24 jam

* Kerap membuang air besar adalah normal ( 4 - 8 kali dalam masa 24 jam)

* Bayi puas, ceria, otot dan kulit bayi juga sihat

* Payudara penuh sebelum menyusu dan 'lembut' selepas menyusu